Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Sunday 27 April 2014

17:46 0





Lumut: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melahirkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir pihak melempar tohmahan berkaitan fungsi kapal selam Scorpene milik negara. 

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata pasukan kapal selam negara sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.
“Ini adalah masa terbaik untuk KD Tunku Abdul Rahman membuktikan kemampuannya, bagaimanapun ia tidak dapat mengikuti operasi mencari dan menyelamat di Lautan Hindi disebabkan beberapa faktor yang sudah dijelaskan. 
“Saya berharap segelintir rakyat yang banyak menulis berhubung ketidakupayaan kapal selam ini supaya berfikir sejenak dan menulis dengan fakta dan realiti sebenar dan tidak ikut sedap hati. 

“TLDM juga punyai maruah dan siapa yang tidak kecewa apabila dituduh dengan tohmahan yang tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Perbarisan Diraja dan Penganugerahan Panji-Panji Sempena Ulang Tahun ke-80 TLDM di sini semalam. 

Istiadat itu disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kapten Yang Dipertua TLDM. 

TLDM menampilkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan kapal penyelamat, submarine escape and rescue (SMER) iaitu MV Mega Bakti untuk dipertontonkan kepada rakyat terutama pengunjung sempena hari terbuka armada. 
Lindungi kedaulatan negara 

Pada majlis itu, pengamal media turut diberi peluang menaiki dan mendengar taklimat berkaitan fungsi KD Tunku Abdul Rahman. TLDM memperoleh dua kapal selam Scorpene buatan Perancis berharga RM3.4 bilion bagi mempertingkat kemampuannya melindungi kedaulatan perairan negara. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pembabitan aset TLDM dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 Penerbangan Malaysia akan diteruskan.

0 comments