Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Sunday 27 April 2014

17:49 0







Kuala Lumpur: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) semalam menjelaskan bahawa kerajaan PKR Selangor adalah pihak yang membuat keputusan sama ada meneruskan atau menghentikan catuan air di negeri itu.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred Dharan dalam satu kenyataan berkata pihaknya yang mengagihkan bekalan air masih belum menerima sebarang keputusan pelan catuan itu. 


“Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat sehingga kini masih diteruskan seperti yang dirancang,” katanya. 


Beliau berkata pihaknya akan menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan catuan harian melalui laman web SYABAS, www.syabas.com.my, laman sosial Facebook dan Twitter SYABAS. 

Paip pecah di Taman Gembira 

Sementara itu, Priscilla berkata penyaluran bekalan air yang terjejas di zon 1 wilayah Petaling semalam disebabkan kejadian paip pecah di Taman Gembira, Jalan Klang Lama. 

Beliau berkata kerja pembaikan paip sedang dijalankan dan bekalan air akan disalurkan sebaik sahaja kerja pembaikan selesai manakala tempoh penyaluran akan dipanjangkan sedikit dari jadual asal.

0 comments