Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Sunday 27 April 2014

17:50 0
Pontian: Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di perkarangan Surau Kampung Parit Sapran, Kayu Ara Pasong, dekat sini yang disediakan dengan kos kira-kira RM300,000 menjadi tumpuan semua lapisan masyarakat bagi mendapatkan kemudahan disediakan. 

Ia beroperasi sejak empat bulan lalu sumbangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 


Kepelbagaian kemudahan disediakan termasuk 20 komputer dan bilik tuisyen yang dikelolakan dua tenaga pengajar yang beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali cuti umum, ternyata memberi keselesaan yang diharapkan penduduk. 


Majlis perasmian bangunan PI1M itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian. 

Rapat jurang digital 

Ahmad dalam ucapannya berkata, konsep PI1M bertujuan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, selain sebagai persiapan minda dan kemahiran rakyat selaras usaha menjadi negara maju. 

“Tidak boleh tidak, kita kena berada dalam suasana keterbukaan minda dan juga pasaran gelombang globalisasi. Saya berharap kemudahan internet ini digunakan sebaik mungkin, bukan semata-mata untuk memfitnah. 
“Dalam penggunaan internet perlu ada tapisan peribadi. Oleh itu Ibu bapa atau penjaga perlu mengawasi anak mereka supaya tidak menyalahguna kemudahan yang disediakan,” katanya. 

Sementara itu Timbalan Pengarah Pejabat Wilayah Selatan SKMM, Wan Khairil Reza Wan Kamaludin, berkata, kewujudan PI1M itu bukan sahaja merapatkan dalam kalangan komuniti setempat, malah ia mampu mencapai kebolehsambungan berjalan mengikut matlamat yang ditetapkan.

0 comments