Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Sunday 27 April 2014

20:51 0

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan seorang pemimpin PKR Perak untuk melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram di sini, tahun lalu. 

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membuat keputusan itu terhadap permohonan Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria, 46. 
Mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan alasan keputusan penolakan permohonan berkenaan. 
Pada 27 Mei lalu, Mohammad Anuar mengaku tidak bersalah di mahkamah berkenaan atas dakwaan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Sekyen 9 (5) akta sama kerana menganjurkan perhimpunan haram Blackout 505 di Medan Istana pada malam 12 Mei lalu. 
Namun beliau yang diwakili barisan peguam diketuai N Surendran, mengemukakan permohonan untuk perintah dia dilepas dan dibebaskan hari ini, susulan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Jumaat lalu yang mengisytiharkan bahawa penganjur perhimpunan awam tidak boleh dijatuhi hukuman kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum penganjuran sesuatu perhimpunan. 

0 comments