Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Tuesday 22 April 2014

05:58 0










KOTA KINABALU: Rundingan terhadap perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di Selangor kini pada peringkat akhir. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani antara kerajaan Selangor dengan empat syarikat terbabit, projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) akan dimulakan. 


"Sebaik sahaja semua yang berkenaan menandatangani MoU ini, projek LRAL2 akan bermula secara keseluruhan, daripada pembinaan loji rawatan ke kolam imbangan dan pengagihan. 


"Ini untuk persediaan jangka masa panjang. Rundingan ini sudah lama tertangguh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Cawangan Sabah di sini, hari ini. 

Melalui MoU yang ditandatangani pada 26 Februari lalu, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran kepada Kerajaan Pusat untuk merancang pembinaan projek LRAL2 di negeri itu. 

Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri. 

Empat syarikat berkenaan ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABBAS) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH).

0 comments