Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Friday 25 April 2014

16:26 0
SEOUL: Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas dua bot rondaan Korea Utara melepasi sempadan maritim yang dipertikaikan pada semalam, sebelum Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Seoul. 

Kedua-dua bot Korea Utara itu yang kebiasaannya berperanan memastikan bot nelayan dalam kawasan sempadan yang betul melepasi “sempadan pada jarak satu batu nautika ke arah selatan” dalam perairan Korea Selatan, menurut wakil kementerian pertahanan kepada AFP. 


Pencerobohan menjelang senja itu menyebabkan kapal tentera laut Korea Selatan melepaskan beberapa tembakan amaran. Selepas itu, dua bot berkenaan kembali ke sebelah utara persempadanan itu. 


Wakil rasmi berkata, sebuah bot peronda mungkin mengejar bot nelayan yang memancing secara haram di kawasan berkenaan “atau Korea Utara mungkin mahu menguji kesediaannya tentera Korea Selatan. 

Korea Utara tidak mengiktiraf sempadan Laut Kuning yang secara sebelah pihak ditentukan angkatan tentera yang diterajui Amerika Syarikat semasa Perang Korea antara 1950 hingga 1953. 

Sempadan itu pernah menjadi saksi pertempuran berdarah pada 1999, 2002 dan 2009. Konflik Korea berakhir dengan perjanjian sementara berbanding menerusi perjanjian damai dan secara teknikalnya kedua-dua negara Korea itu masih berperang.

0 comments