Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Friday 25 April 2014

16:39 0






Obama beri amaran kepada Pyongyang, pembangunan senjata nuklear ancam keselamatan serantau

SEOUL: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata sudah tiba masa untuk menimbangkan sekatan “lebih tegas” kepada Korea Utara kerana ancamannya untuk menjalankan ujian nuklear yang keempat. 



Dalam sidang media bersama dengan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye semalam, Obama berkata Korea Utara tidak memperoleh apa-apa “kecuali lebih terasing” jika ia meneruskan ujian nuklear. Tetapi beliau mengakui ada had kesan sekatan tambahan kepada sesebuah negara. 


“Korea Utara sudah pun menjadi negara paling asing di dunia, sehingga kini,” kata Obama. “Rakyatnya merana teruk kerana keputusan pemimpin mereka dan kita tidak akan dapat mencari kaedah ajaib untuk menyelesaikan masalah ini semalaman.”

Park dalam nada lebih keras, berkata ujian seumpamanya akan membawa “perubahan besar” terhadap suasana keselamatan rantau itu dan mencetuskan persaingan senjata memandangkan negara lain mahu menyamai kemampuan nuklear Korea Utara.

Katanya, kesan seperti itu menjadikan rundingan dengan Korea Utara sia-sia terutamanya dalam meninggalkan program dan senjata nuklear negara itu.

0 comments