Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Friday 25 April 2014

18:41 0









KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia tidak seharusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Jangan ada paksaan kerana walaupun negara besar datang kita merasa kecil, maka kita tandatangan, akhirnya kita yang akan mengalami kerugian," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di sini pada hari Jumaat.

Beliau mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa kedatangan Obama ke Malaysia akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani TPPA.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 22 April menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan itu.

Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di Filipina.


0 comments