Powered by Blogger.

Sponsored Ads

Tuesday 22 April 2014

05:16 0





KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tentang komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi mampan negara dilaksanakan secara holistik.

Ini, katanya selaras dengan objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ekonomi mampan menjelang 2020.

Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bumi, Najib berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan kepada Yayasan Hijau Malaysia untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam sektor korporat.

Perdana Menteri berkata demikian dalam akaun Facebook beliau.

Najib mengumumkan penubuhan yayasan itu semasa membentangkan Belanjawan 2014.

Disambut pada 22 April setiap tahun, Hari Bumi diraikan di seluruh dunia dengan acara-acara yang menonjolkan sokongan terhadap perlindungan alam sekitar. Ia pertama kali disambut pada 1970.

0 comments